Ayu Janda Kembang
Noor Idayu atau biasa dipanggil Ayu oleh kawan-kawannya membawa diri pulang ke kampung selepas berpisah dengan suaminya. Suaminya mencerainya selepas dihasut oleh orang gaji sendiri yang berasal dari Indonesia. Orang gaji itu kemudiannya berkahwin dengan bekas suaminya.
Ayu yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman memang sibuk. Tugasnya memerlukan dia pulang lewat apatah lagi sejak kebelakangan ini syarikat guamannya menerima banyak pelanggan. Rupanya kesibukan Ayu telah dieksploit oleh orang gajinya sendiri dengan memberi layanan ekstra kepada suaminya di rumah.
Satu petang dia pulang awal dan dia melihat sendiri suaminya sedang berasmara dengan orang gaji di bilik tidurnya. Malam itu Ayu bertengkar hebat dengan suaminya dan tanpa memikir panjang suaminya menjatuhkan talak tiga. Dan bertukarlah status Ayu dari seorang isteri menjadi janda.










